Home Viral Demi ubati ayah sakit, isteri rela dilacurkan suami

Demi ubati ayah sakit, isteri rela dilacurkan suami

SANGGUP melakukan apa saja kerana wang. Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan polis kerana menawarkan khidmat seks dengan menjual isterinya sendiri kepada lelaki hidung belang baru-baru ini, lapor The Reporter.

Memetik laporan asal portal Detik.com, suspek, Alfian Zulfikri, mempromosikan perkhidmatan jijiknya itu melalui media sosial sama ada membuat hubungan seks dalam bentuk berseorangan, bertiga (threesome), berempat (foursome) mahupun swinger (bertukar pasangan suka sama suka).

Perbuatannya bagaimanapun terbongkar selepas orang awam melaporkan kegiatannya. Bertindak di atas laporan itu, polis akhirnya berjaya menahan Alfian di sebuah hotel di Mojokerto, Indonesia, Sabtu lepas.

Ketika ditahan dalam keadaan tanpa seurat benang, Alfian sedang bersama dengan isterinya dan seorang lagi lelaki yang dipercayai pelanggan mereka.

Berdasarkan siasatan, suspek melakukan kegiatan tidak bermoral itu sejak Mac 2020 melalui media sosial dengan menjual isterinya sendiri.

Alfian menawarkan khidmat tersebut dengan menggenakan caj sebanyak 1.5 juta rupiah (RM430) bagi tempoh dua jam. Jika tempoh masa lebih dari dua jam, caj tambahan akan dikenakan.

Ketika disoal siasat, suspek mengaku berbuat demikian dengan persetujuan isterinya kerana mereka terdesak untuk mencari wang bagi membiayai kos perubatan bapa mentuanya yang sedang sakit.

Pasangan itu dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga sejak 15 tahun lepas serta memiliki tiga orang anak lelaki.

Sumber: The Reporter

Exit mobile version