“Cam bab* je Johor ni, Johor sia*!” – gadis teruk dikecam hina negeri Johor

SEORANG gadis teruk dikecam selepas tular sebuah video menghina orang Johor dengan perkataan yang tidak sepatutnya.

Dikenali sebagai @wanikokrosh, dia memuat naik sebuah video di Instastory yang menunjukkan dirinya sedang mengambil angin di sebuah kawasan taman.

“Oh ada donut tepi jalan seronoknya! Kalau lapar boleh makan. Mesti orang Johor tak puasakan? Cam babi je Johor ni, Johor sial!”, katanya melalui video yang tular di media sosial.

Namun, gadis berkenaan telah membuat permohonan maaf dan menjelaskan sebenarnya dia hanya bergurau dan bahagian dia mengatakan “eh tak adalah Wani gurau je” yang terdapat pada video asal telah disunting.

“Wani nak mohon maaf sangat sebab video yang viral semalam yang Wani kutuk negeri Johor. Wani tiada niat nak kutuk negeri Johor sebab dalam video Wani ada cakap tak adalah Wani gurau je”, jelasnya yang membuat permohonan maaf melalui Instagram.

Apa pun, sebaiknya selepas ini kita perlu lebih berhati-hati dengan kata-kata lebih lagi ketika sedang merakam sesuatu kerana dengan teknologi kini, mesti akan ada pihak yang menyimpan video anda tanpa sedar.