Bukit Tinggi dilanda gempa bumi, gegaran dirasai hingga ke malaysia

SATU gempa bumi berskala 6.2 dilaporkan berlaku di Pekan Baru, Indonesia pada pagi Jumaat.

Ia disahkan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter.

Selain itu, laman sosial Independent Scientific Organization and provider of real-time earthquake info turut berkongsi malumat kejadian yang disahkan berlaku pada pukul 8.39 pagi waktu tempatan.

Gempa berlaku pada 17 km ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun setakat ini ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Port Klang dan Cyberjaya.

Warga maya yang merasai gegeran turut mula berkongsi pengalaman tersebut di media sosial.

Berita lanjut menyusul.