Home Viral “Bukan lagi staf kami” – Hotel viral insiden ‘check out’ akhirnya tampil...

“Bukan lagi staf kami” – Hotel viral insiden ‘check out’ akhirnya tampil mohon maaf

SUSULAN daripada viral perkongsian pengadu mengenai hotel yang diinapnya pada Februari lalu di Kuala Lumpur baru-baru ini, pihak hotel berkenaan, Arenaa Star Hotel, akhirnya tampil memohon maaf dan memberi penjelasan, lapor The Reporter.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram yang dipercayai baru diwujudkan itu, Arenaa Star Hotel mendapati insiden itu berlaku pada Februari 2020.

Namun, tiada sebarang caj atau penalti yang dikenakan terhadap pasangan berkenaan.

“Pertama sekali, kami ingin memohon maaf kepada semua tetamu kami atas komen-komen negatif ini yang memberi kesan terhadap kami.

“Semakan pihak pengurusan mendapati, kejadian itu berlaku pada Februari 2020, namun rekod menunjukkan tiada sebarang caj atau penalti yang dikenakan terhadap mereka.

“Kami juga mengesahkan bahawa, dua kakitangan terbabit juga sudah tidak bekerja di hotel ini.

“Selain itu, ingin dimaklumkan bahawa adalah merupakan amalan prosedur operasi standard untuk pihak hotel memeriksa keadaan bilik sebelum pelanggan dibenarkan untuk daftar keluar, termasuk memberi peringatan kepada pelanggan mengenai waktu check out,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, pihak pengurusan baharu juga telah membuat banyak penambahbaikan dalam pelbagai aspek operasi hotel.

“Sekali lagi, kami memohon maaf atas sebarang salah faham dan kami akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk memuaskan hati tetamu kami,” katanya.

Sumber: The Reporter

Exit mobile version