Home Viral Buat ‘live’ dakwa pernah ‘oyeh-oyeh’ dengan CEO Instagram, akaun IG bintang porno...

Buat ‘live’ dakwa pernah ‘oyeh-oyeh’ dengan CEO Instagram, akaun IG bintang porno akhirnya dipadam

GARA-GARA bergurau kononnya ada hubungan sulit bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Instagram, akaun IG seorang bintang filem lucah, Kendra Sunderland yang memiliki 2.2 juta pengikut akhirnya dipadam.

Terdahulu laman perkongsian gambar popular, Instagram menafikan sebarang skandal melibatkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adam Mosseri dengan mana-mana bintang filem lucah, lapor Kosmo!

Laman web itu dimiliki oleh Facebook. Memetik laporan asal Daily Beast, jurucakap Facebook memberitahu bahawa perbuatan pelakon filem lucah, Kendra Sunderland bergurau bahawa dia pernah ‘berintiman’ dengan Mosseri adalah melampaui batas.

“Lebih satu bilion orang menggunakan Instagram dan ada masanya mereka melakukan kesilapan.

“Namun, akaun ini (Kendra) melanggar prinsip aplikasi kami dan sekarang kami telah memadamkannya. Individu ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan eksekutif di syarikat kami dan dakwaan bahawa dia mendapat layanan istimewa sama sekali tidak berasas,” kata jurucakap itu.

Disebabkan gurauan itu, Kendra hilang 2.2 juta pengikut di Instagram apabila akaunnya dipadamkan oleh syarikat aplikasi tersebut.

Ia berikutan dua gurauan berturut-turut oleh Kendra bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Mosseri.

Gurauan pertama adalah sebuah gambar bogel yang dimuat naik Kendra di laman Instagram beberapa minggu lalu dengan kapsyen dia dibenarkan memuat naik apa-apa gambar kerana hubungannya dengan Mosseri.

Rabu lalu, Kendra membuat siaran langsung di Instagram dan mengulangi dakwaan hubungan sulitnya.

Kira-kira 12 jam kemudian, Instagram memadamkan akaun wanita berusia 25 tahun itu selepas dakwaan tersebut viral di Twitter dan netizen mula mempersoalkan Instagram kerana gagal bertindak.

Sementara itu, Kendra dalam satu kenyataan mengakui dia sedang mabuk ketika bersiaran langsung dan tidak pernah mengenali atau berjumpa Mosseri.

Sumber: Kosmo!

Exit mobile version