Home Viral “Bossku, tolong approve cuti saya… kalau tak, isteri saya mengamuk” – Tak...

“Bossku, tolong approve cuti saya… kalau tak, isteri saya mengamuk” – Tak sangka ini pula jadinya selepas surat mohon cuti tiba-tiba viral

KERANA takutkan isteri, seorang anggota polis di Madhya Pradesh, tengah India, sanggup menulis surat memohon cuti kepada pegawai atasannya bersama rayuan yang dianggap ‘terlalu kreatif’, lapor Harian Metro.

Memetik laporan asal portal Gulfnews, Konstabel Dilip Kumar Ahirwar memohon cuti lima hari kerana perlu menghadiri majlis perkahwinan adik iparnya, namun menyertakan rayuan ‘tidak sanggup berdepan amukan isteri’ sekiranya cuti tidak diluluskan.

Surat bertarikh 7 Disember itu dituju kepada Timbalan Ketua Polis Wilayah Bhopal dalam bahasa Hindi, viral di media sosial dan menarik perhatian warga Twitter.

“Isteri pemohon sudah menjelaskan jika dia gagal menghadiri majlis perkahwinan itu, akan ada akibat yang perlu ditanggung,” lapor Gulfnews.

Pengguna Twitter @adeshgoyal26 menciap, “Kasihan lelaki ini menderita di rumah dan di tempat kerja. Inilah kehidupan.”

Bagaimanapun difahamkan, konstabel itu menerima tindakan tatatertib daripada pegawai atasannya.

“Dia ditukarkan ke jabatan lain kerana tindakannya, yang pertama, memohon cuti dengan cara yang tidak sesuai dan kemudian, membiarkan ia tersebar di media sosial,” kata Ketua Pengarah Polis Bantuan Wilayah Bhopal, Upendra Jain.

Sebelum ini, anggota polis itu bertugas di jabatan trafik.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version