Biadap! Pensyarah didakwa hina pelajar miskin tidak miliki laptop 

HANYA kerana tidak mempunyai komputer riba, tindakan pensyarah UiTM mendapat kecaman apabila menghina pelajar tersebut ketika sesi pengajian. 

Malah video klip tular itu turut memaparkan pensyarah wanita berkenaan menghina keluarga pelajar tersebut kerana tidak mampu untuk memiliki komputer riba. 

Menerusi video tersebut, amat menyedihkan apabila pelajar dari golongan keluarga susah itu dihina selain memperlekehkan keluarga golongan B40. 

Pelajar tersebut bagaimanapun telah menjelaskan situasi bapanya yang tidak bekerja dan ibunya yang telah meninggal dunia. 

Namun kedududan pelajar itu terus dipersoal pensyarah tidak berhati perut itu dan menyelar adik beradik pelajar itu yg dikatakan tidak mampu berbuat apa-apa. 

Sementara itu, Yang di-Pertua MPP UiTM, Rasydan Mohd Hassan berkata, tindakan pensyarah terbabit merupakan satu tindakan luar norma dan tidak beretika malah sejarah UiTM juga dibina atas dasar membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera. 

“Kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak. 

“Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti keramat ini. 

“Pensyarah terbabit perlulah memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik yang menyebabkan ramai rakyat berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.