Bertugas sambil bagi ‘pick up line’, abang pengawal ini buatkan netizen terhibur

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga telah dilaksanakan, sudah pasti ramai di antara kita yang cuba mencari hiburan tersendiri bagi menghilangkan kebosanan dan juga kesedihan tidak dapat pulang beraya ke kampung halaman.

Disebabkan itu, menerusi sebuah perkongsian video pengguna bernama Marshall Lee yang tular di Twitter, dia telah menarik perhatian warganet apabila memuat naik gelagat seorang pengawal keselamatan perumahan yang menghiburkan.

Sebelum ini, mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi kita melihat golongan pelawak atau dikalangan rakan memberi ayat ‘pick up line’ padu. Kali ini, anda boleh saksikan bagaimana seorang pengawal boleh beri pick up line yang sama padu.

Video yang tular itu memaparkan pengawal tersebut melontarkan pick up line kepada dua orang gadis di dalam kereta selepas membantu menunjukkan jalan di kawasan perumahan itu. 

“Boleh saya tanya apa beza akak dengan Ronaldo? Ronaldo bermain bola tapi akak bermain di fikiran saya”, itu antara pick up line yang diberikan oleh pengawal tersebut sehingga membuatkan dua orang gadis dalam rakaman itu terhibur.

Tidak lupa juga, orang ramai yang memberikan respon terhadap video tersebut dengan menyatakan mereka terhibur melihat gelagat abang pengawal itu yang pandai memberikan pick up line. Dalam pada itu, ada juga yang menyentuh tentang kesopanan pengawal itu melayan mereka yang ingin masuk ke kawasan itu.

Sementelahan, muka pengawal keselamatan itu juga kelihatan senang semasa bertugas sehingga membuatkan orang lain pun rasa seronok berurusan di pondok pengawal. Walau apa pun, pick up line abang pengawal ni memang padu!