Home Viral Berlari pulang sebab takut kantoi main lumpur dengan ayah, sekumpulan lelaki dewasa...

Berlari pulang sebab takut kantoi main lumpur dengan ayah, sekumpulan lelaki dewasa ini buat netizen terhibur

USIA bukanlah sesuatu yang menentukan kematangan seseorang kerana ada kalanya orang dewasa juga boleh melakukan pelbagai perkara yang sama seperti kanak-kanak.

Terbaru, tular sebuah video dikongsi oleh seorang pengguna di Tiktok bernama Sharif Dazni Suhaimi memaparkan gelagat adik-beradiknya yang kelihatan sangat seronok seperti kanak-kanak ‘ribena’ ketika bermain lumpur.

Apa yang menarik adalah kesemua lelaki itu bukanlah kanak-kanak, malah mereka semua merupakan jelas kelihatan seperti sekumpulan lelaki dewasa yang sedang seronok bermain lumpur bersama-sama di kawasan tepi bukit sambil berkain pelikat.

https://thenews.com.my/wp-content/uploads/2021/06/tiktok-harif-dazni-suhaimi.mp4

Namun, keseronokan itu terhenti apabila perbuatan mereka diketahui oleh bapa mereka, lalu mereka berlari lintang pukang untuk pulang sebelum dimarahi oleh bapa.

Selepas tiba sahaja di rumah, mereka dengan pantas membersihkan diri dan menghilangkan segala bukti dan kesan kerana bermain lumpur sebelum bapa mereka pulang.

Di ruangan komen, ramai warganet yang terhibur melihat aksi mereka adik-beradik selain ada yang menyangka pada awalnya itu adalah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain lumpur.

Memang seronok sangat kalau dapat buat pelbagai aksi nakal dan pelik dengan adik beradik. Anggap saja sebagai hiburan hati kerana kita hanya hidup sekali sahaja, setuju tak?

Exit mobile version