Bayi makan lipas! Wanita ini dikecam di kerana lalai main telefon semasa jaga anak

SEORANG pengguna Tiktok @rianaria21 dikecam selepas video perkongsiannya tular kerana berkongsi pengalaman mengerikan dimana anaknya tidak sengaja memakan lipas.

Wanita yang dikenali sebagai Riana Ramlan, menjelaskan bahawa dirinya terkejut apabila mendapati anaknya termakan lipas dan hal itu membuatkan dirinya terkejut, bimbang dan bingung dengan apa yang patut dilakukan.

Difahamkan, kejadian ini berlaku semasa wanita berkenaan sedang menjaga bayinya sambil bermain telefon dan akibat terleka. Dia terlupa dengan tanggungjawabnya dan menyebabkan bayinya bertindak untuk memakan lipas yang berada dekat dengannya.

Bagi seorang bayi, sudah pasti dia belum memahami lipas merupakan haiwan yang kotor dan mempunyai bakteria itu dengan beraninya makan seluruh bahagian badan haiwan tersebut. Namun, tinggal kaki dan kepala lipas sahaja yang masih boleh “diselamatkan”.

Disebabkan geram, wanita tersebut dimarahi oleh suaminya kerana telah lalai dan tidak prihatin dalam menjaga anak mereka dengan baik.

Situasi dalam video berkenaan semakin panas apabila wanita tersebut masih lagi ‘sibuk’ merakam kejadian tersebut dan membuatkan bapa kepada bayi tersebut jengkel dengan tingkah laku isterinya dan akhirnya pergi menunaikan Solat Jumaat.

Wanita tersebut yang masih merakam kejadian tersebut yang masih bingung, akhirnya cuba memberikan anaknya air masak bagi membersihkan bekas-bekas lipas yang telah dimakan anaknya. Tangan bayi itu juga turut dicuci dan dibersihkan.

Walau bagaimanapun, video tersebut telah mendapat perhatian warganet yang menilai wanita itu sebagai ibu yang berperangai ‘buruk’ kerana mereka berpendapat kebiasaan tindakan seorang ibu yang panik dan risau mungkin tidak akan sempat untuk merekod video hanya semata-mata untuk dimuat naik ke media sosial.

Apa pun, kepada ibu dan bapa diluar sana, sebaiknya jika anda sedang menjaga anak. Jangan terlalu sibuk dengan telefon kerana pelbagai hal boleh terjadi dan bukankah lebih baik jika anda fokus bermain dan memberikan kasih sayang kepada anak anda? setuju tak?