Bayi dilibas, pemuda terus pura-pura belai bila ‘kantoi’

BARU-BARU ini tular sebuah video mengenai seorang bayi yang dilibas oleh seorang lelaki.

Menerusi perkongsian di Twitter, Raden Zaharatul menceritakan detik cemas yang berlaku di hadapan matanya melibatkan seorang wanita dan bayi. Pada awalnya, dia hanya mendengar jeritan seorang perempuan dan tidak mahu masuk campur.

Kemudian, tiba-tiba suara seorang bayi kedengaran dan dengan pantas dia terus berlari ke arah bunyi tersebut.

Apa yang mengejutkan, dirinya mendapati bayi tersebut sedang dikasari oleh seorang lelaki yang duduk di bahagian pemandu. Risau perkara buruk akan berlaku, dia terus menjerit meminta bantuan orang awam.

Namun, sebaik sahaja sedar ramai pihak yang sedang melihatnya, lelaki tersebut dikatakan terus berpura-pura membelai bayi itu ke pangkuannya.

Video oleh Raden Zaharatul

Sambil merakam kejadian itu, pengguna Twitter tersebut turut meluahkan rasa risau terhadap bayi tersebut dan berharap ada pihak yang dapat menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, kesemua individu dalam kereta terbabit terus berlalu pergi.