Bakal pengantin terjun dari tingkat 7, sejam sebelum nikah

SEORANG bakal pengantin maut selepas terjun dari tingkat 7 sebuah bangunan hotel.

Menurut portal Makassar, kejadian yang berlaku di Kota Manado, Sulawesi Utara Indonesia itu melaporkan lelaki tersebut jatuh berhampiran kolam renang dan dibawa ke hospital tidak jauh dari situ.

Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia.

Difahamkan, mangsa bakal melangsungkan pernikahan pada Jumaat dan dijadualkan bernikah di Gereja Sentrum pada pukul 2 waktu Indonesia Tengah.

Sebuah video rakaman yang tular di Tiktok menunjukkan mangsa berlari masuk ke hotel sebelum terjun dan ketika itu pengiring pengantin lelaki dilihat sedang berehat dan melakukan sesi siaran langsung di Facebook.

Keadaan menjadi kelam kabut setelah rakan-rakan menyedari mangsa tiba-tiba terjun dari bilik hotel tersebut. Setakat ini, masih belum dapat dipastikan apakah punca utama menyebabkan mangsa bertindak membunuh diri satu jam sebelum melangsungkan pernikahan.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai menyatakan simpati dengan nasib bakal pengantin perempuan dan rakan-rakan pengiring yang semestinya trauma melihat kejadian di depan mata.