Home Viral Anjur parti liar guna ‘Whatsapp Group’, lima penjawat awam antara ditahan positif...

Anjur parti liar guna ‘Whatsapp Group’, lima penjawat awam antara ditahan positif dadah

LIMA penjawat awam antara 15 yang ditahan terlibat dengan parti liar di sebuah kondominium di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Serbuan dibuat pada jam 4 pagi Isnin oleh sepasukan polis Dang Wangi terhadap kondominium yang ditempah menerusi aplikasi Agoda.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kesemua yang ditahan terdiri daripada tujuh orang lelaki dan lapan orang perempuan dimana 12 daripadanya positif dadah jenis campuran yang telah dibancuh.

“Tujuan parti liar diadakan untuk sambut hari lahir salah seorang suspek yang ditahan serta berseronok sambil mendengar muzik rancak.

“Jemputan dibuat menerusi aplikasi Whatsaap dan disebarkan kepada rakan-rakan lain sebelum mereka memasuki rumah tersebut pada jam 2 petang semalam, katanya menerusi satu kenyataannya hari ini.

Difahamkan, unit kondominium tersebut disewa dengan harga RM1,100 dimana kesemua mereka berkongsi untuk membuat bayaran tersebut.

15 individu yang ditahan turut dikenakan kompaun RM1000 atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kesemua mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun itu dibawa ke lokap Dang Wangi dan telah direman selama empat hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 11 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Exit mobile version