Home Viral Anggota polis tular guna nombor pendaftaran fancy, berdepan saman

Anggota polis tular guna nombor pendaftaran fancy, berdepan saman

SEORANG anggota polis yang tular menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ selain tidak mempunyai cermin sisi motosikal berdepan tindakan saman.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, video yang ditularkan menerusi aplikasi Tik Tok itu telah memaparkan seorang anggota peronda dari IPD Ampang.

“Tindakan undang-undang telah diambil terhadap anggota tersebut dengan mengeluarkan saman trafik bagi kesalahan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan kesalahan tiada cermin pandang belakang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Farouk menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk anggota polis yang dikesan melanggar undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan.

Exit mobile version