Anak lima orang paling kecil 5 bulan, hidup serba kekurangan, wanita ini kecewa sehingga mahu bunuh diri bila tahu suami kahwin dengan pilihan ibu mertua.

Laman Facebook Kisah Rumah Tangga atau KRT sering menjadi lokasi untuk mereka yang ingin berkongsi masalah rumah tangga dalam mencuba nasib mencari nasihat.

Baru-baru ini seorang wanita menjelaskan dia kini dalam keadaan yang cukup tertekan apabila mengetahui suaminya kini sudah berumah tangga secara rahsia dengan pilihan ibu mertuanya.

Jelasnya juga perkhabaran sedih ini juga hanya diberitahu mertuanya melalui Whatapps kepada ibunya.

Paling menyedihkan wanita ini apabila juga apabila bukan sahaja suaminya itu menipunya untuk tidak pulang ke rumah selama 10 hari, tetapi juga bagaimana dia kini bersama lima anaknya terpaksa hidup dalam keadaan yang cukup tertekan sehingga menyebabkan dia mahu membunuh diri.

Dijelaskan dalam perkongsianya, anak paling kecil berumur lima bulan dan sulung kembar enam tahun.


Assalamualaikum.. Terima kasih admin.. Hari ni saya dapat tahu suami saya dah khawin lain.. khawin pada 31/1 hari tu.. mertua saya whatsapp ibu saya mengatakan anaknya dah nikah lain..
Dan perempuan tu pula pilihan ibubapanya sendiri..

Sedih dan sakitnya hati saya.. Tergamak off nset. Kata nak pergi sri petaling khidmat 10hari disana tapi…!!
Nikah tanpa keizinan saya..
Dengan anak2 yg masih kecil 5 orang.. paling besar umur 6tahun kembar..
Yg bongsu 5bulan..
Hidup kami sgt kekurangan..
Makan minum ape yg ada.
Tergamak suami sy buat mcm ni…

Saya sangat2 tertekan..
Rasa nak lari..
Rasa nak bnh diri..

Tolong saya.. ape perlu saya buat???

Most Popular

Hamilkan enam gadis sekali gus, ini kisah buaya darat sejati dari Nigeria

INI bukan babak dalam filem mahupun drama bersiri popular, sebaliknya kisah seorang buaya darat sebenar dari Nigeria. Seorang lelaki...

AirSial bakal mula operasi, banggakan warga Sialkot

SYARIKAT penerbangan swasta ketiga Pakistan , AirSial yang sebelum ini menangguhkan penerbangan pertama pada Jun 2020 akibat penularan pandemik koronavirus akan mula...

Lelaki nikahi dua wanita serentak – “Seperti dunia Ana yang punya!”

SEORANG lelaki didakwa menikahi dua wanita serentak dalam satu majlis persandingan di bandar Bangkalan, Madura, Indonesia hujung minggu lalu, lapor Kosmo!

Influencer berpakaian wanita mohon maaf, hanya salah faham

"SAYA masih waras dan belum hilang akal untuk berpakaian wanita di dalam program televisyen yang disiarkan secara langsung. "Namun,...