Akibat terlalu mengantuk, lelaki tertelan berus gigi sepanjang 15 sentimeter!

TAK masuk akal! Hanya itu boleh digambarkan apabila seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan gastroskopi gara-gara tertelan sebatang berus gigi.

Lelaki yang berasal dari Taizhou, wilayah Jiangsu itu memberitahu doktor dia bangun pagi untuk menjalani rutin hariannya termasuk memberus gigi sebelum bersarapan namun berasa lebih ngantuk daripada biasa, lapor Kosmo.

Ketika memberus gigi yang terletak di bahagian belakang mulutnya, berus gigi sepanjang 15 sentimeter tersebut telah terlepas daripada pegangannya dan meluncur masuk ke dalam tekak lelaki itu.

Dia cuba untuk menarik berus gigi itu keluar namun pemegang plastik pada bahagian berus gigi itu sangat licin.

Lelaki tersebut terus bergegas ke hospital setelah menyedari tertelan berus gigi.

Panik dengan kejadian tersebut, dia nekad hingga menolak berus gigi tersebut jauh ke dalam kerongkong.

Lelaki terbabit bergegas ke sebuah hospital tempatan sebaik sahaja tersedar dia telah tertelan berus gigi dan mula berasa tidak selesa.

Doktor yang membuat imbasan X-ray telah mencadangkan agar dia menjalani pembedahan gastroskopi kecemasan.

Mangsa mengambil tindakan tepat dengan datang ke hospital

Ketua Jabatan Gastroenterologi di Hospital Taizhou Fourth People, Wang Jianrong berkata mangsa mengambil tindakan tepat dengan datang ke hospital kerana ‘rawatan tradisional’ seperti menelan nasi atau cuka boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

Dia juga mungkin terpaksa menderita akibat kerosakan pada oesofagus jika lambat hadir ke hospital.

Sumber: Kosmo