Acah nak peluk, akhirnya meraung direntap orang utan!

Acah nak peluk, akhirnya meraung direntap orang utan

SEBUAH video yang memaparkan adegan cemas seorang lelaki ditarik oleh seekor orang utan dari dalam sangkar tular sejak semalam.

Detik mendebarkan itu terjadi apabila lelaki terbabit cuba berinteraksi sebelum bajunya tiba-tiba ditarik haiwan berkenaan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah zoo di Riau, Indonesia itu turut memperlihatkan lelaki berkenaan beberapa kali meminta tolong daripada individu berdekatan.

Video yang tular di laman sosial

Dia yang cuba berinteraksi dan menunjukkan isyarat ingin memeluk orang utan tersebut direntap secara tiba-tiba.

Bagaimanapun melalui perkongsian di laman TikTok  @meme.klean, lelaki tersebut akhirnya berjaya membebaskan diri daripada pelukan orang utan itu.

Lelaki terbabit akhirnya berjaya melepaskan diri

Para pengguna laman sosial turut terkejut dengan kejadian itu.

Rata-rata mereka menjelaskan tidak dapat menahan rasa lucu biarpun ia bukannya satu kejadian lucu.

Orang utan dewasa dikatakan mempunyai kekuatan lima hingga tujuh kali ganda berbanding manusia biasa.