7 tahun bercinta, last-last awek kahwin dengan kawan sendiri!

2,555 hari, itu tempo masa yang ’dibazirkan’ seorang lelaki apabila kekasih yang ditatangnya selama itu akhirnya mendirikan rumah tangga dengan sahabatnya sendiri.

Kejadian tersebut mula mendapat perhatian ramai selepas sebuah video memaparkan seorang lelaki hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya itu menjadi tular, lapor Kosmo.

Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat berdiri di hadapan pasangan pengantin sambil mengucapkan tahniah.

Menurut keterangan di ruangan kapsyen, pengantin perempuan dikatakan pernah bercinta dengan lelaki itu selama tujuh tahun.

“Tujuh tahun bercinta, akhirnya kekasih berkahwin dengan sahabat sendiri.

“Rupanya saya bukan menjaga jodoh sendiri tetapi menjadi penjaga jodoh sahabat,” tulis kenyataan tersebut.

Bagaimanapun ketiga-tiga individu tersebut kelihatan tidak mempunyai sebarang masalah apabila wanita itu dilihat bersalaman sambil mencium tangan bekas kekasihnya.

Kejadian tersebut juga menyentuh hati netizen yang beranggapan lelaki tersebut berjaya menjaga emosinya biarpun jodoh dengan wanita itu tidak berjaya berakhir di jenjang pelamin.

Sumber: Kosmo