Sarah Suhairi Teruja Untuk Muzik-Muzik 34

Kali pertama dicalonkan dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34), penyanyi Sarah Suhairi akui cukup teruja untuk mempersembahkan Pedih pada konsert minggu kedua SFMM34 yang akan berlansung pada 22 November depan. Kata Sarah memandangkan ini merupakan pengalaman kali pertama untuk dirinya dia tidak mempunyai apa-apa harapan selain mahu membuat yang terbaik.

Ini adalah kali pertama untuk saya dan lagu saya tercalon untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik. Perasaan itu sebenarnya sudah sangat bersyukur, malah tidak meletakkan apa-apa harapan. Cuma saya mahu buat yang terbaik.

Saya akan membawakan lagu Pedih yang di cipta Room None dan Iman Imran,” katanya.

Bakal membawakan lagu hasil ciptaan penulis lirik terkenal Iman Imran. Sarah akui ada perasaan takut selaku penyanyi muda untuk membawakan tanggungjawab besar seperti ini.

Kita tahu Iman Imran adalah penulis lagu untuk lagu Dayang Nurfaizah yang menang di AJL 31 sebelum ini. Jadi saya tidak nafikan ada bebanan di situ.

Cuma Iman Imran sudah jelaskan untuk membawakan lagu ini dengan tahap persembahan yang baik dan saya yakin untuk memberikan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu bagi Iman Imran dia yakin dengan kemampuan penyanyi muda ini. Melihat ada kelebihan yang dimiliki Sarah apa yang diperlukan hanya sokongan buat penyanyi lagu Pedih ini.

Sarah adalah seorang yang menerima pandangan, jadi bila bekerja dengan dia kita tahu dia seorang penyanyi yang baik sebab saya boleh rasakan perkara itu bila dengar dia sampaikan lagu.”

Soal memikul tanggungjawab besar sebab bawakan lagu saya, perkara utama yang perlu dia faham jangan fikir terlalu jauh selain fokus kepada persembahan sahaja, sebab saya dan Hadi yakin dia mampu,” katanya.