Miss Diva, Ifa Raziah tidak kisah “dimaki”

Terkenal sebagai antara selebriti yang penuh kontroversi kali ini Ifa Raziah tampil dengan single terbaru berjudul Miss Diva.

Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan komposer Indonesia, Ressa Herlambang ini kongsi Ifa menjadi buah tangan terbaharu daripada dirinya buat peminat yang selama ini menyokong dirinya.

“Ini adalah single kelapan saya sepanjang bergelar penyanyi. Saya pilih Hafiz kerana dia memahami kehendak saya serta ampu mencorakkan lagu yang sesuai dengan suara saya.
 
“Kebanyakan lagu ciptaan Hafiz bersesuaian dengan jiwa saya dan saya yakin lagu Miss Diva akan turut disukai ramai dan menempa kejayaan seperti mana lagu Starlela,” katanya.

Sementara itu bercakap mengenai tajuk lagu itu sendiri. Kata Ifa dia yakin hanya kontroversi mampu memberi ruang buat lagunya untuk dikenali.

“Saya memang mahu lagu ini viral. Tidak kisah kalau ada pihak mahu mengeji atau kena maki pun. Tetapi jujurnya lagu ini membawa makna yang cukup mendalam buat saya.

“Jadi saya memang harap agar peminat boleh menerima lagu ini,” katanya.

Bercakap mengenai tajaan berlian bernilai jutaan ringgit dari jenama Ceres Jewels kata Ifa dia sendiri berbangga diberi kepercayaan untuk memakai set tiara, anting-anting dan cincin untuk muzik video Miss Diva.