Ketika negara dilanda dengan pelbagai masalah termasuk politik dan sosial, ternyata kumpulan muzik ini tidak menunggu lama untuk muncul dengan lagu terbaharu yang agak kontroversi.
Dianggotai Sam, Youk dan Paan, Bunkface kini muncul dengan single terbaharu mereka berjudul ‘Akhir Zaman’.
Menghayati lirik dalam lagu mereka ini ternyata tiga anak muda yang sudah bertapak dalam industri sejak 2006 ini cukup berani mempersoalkan pelbagai perkara termasuk suara rakyat dan LGBT.
Tentunya keberanian ini mendapat reaksi berbeza netizen. Walaupun ada yang menyokong namun golongan penyokong LGBT nampaknya tidak berpuas hati.
Sementara itu sehingga kini Bunkface masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai reaksi netizen terhadap lagu ini.