Tonton K-Drama, Dua Remaja Korea Utara Dihukum Kerja Berat Selama 12 Tahun

 

Sebuah rakaman yang sangat jarang dilihat diperolehi BBC Korea memaparkan Korea Utara secara terbuka menghukum dua remaja lelaki gara-gara mereka menonton drama korea atau K-Drama.

Rakaman tersebut berlaku sekitar tahun 2022, menunjukkan dua remaja lelaki berusia 16 tahun digari di hadapan ratusan pelajar di luar stadium.

Menerusi rakaman itu juga, pegawai beruniform dilihat menegur kedua-dua remaja tersebut di atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

Untuk pengetahuan umum, di Korea Utara segala bentuk hiburan termasuk program televisyen dari Korea Selatan adalah diharamkan. Walaupun begitu, ada juga segelintir rakyat mereka yang sanggup menanggung risiko untuk menghadapi hukuman berat kerana mengakses K-Drama.

Malah, rakaman seperti ini juga jarang berlaku kerana Korea Utara melarang gambar, video dan bukti lain kehidupan di negara itu dibocorkan kepada dunia luar.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BBC News (@bbcnews)

Sumber : BBC