Home Viral Syabas polis! Kurang tempoh 24 jam, suspek kes ragut ‘viral’ berjaya ditahan

Syabas polis! Kurang tempoh 24 jam, suspek kes ragut ‘viral’ berjaya ditahan

POLIS telah menahan seorang suspek lelaki berusia 25 tahun berikutan kes tular melibatkan kes ragut di Eco Sanctuari, Kuala Langat, Selangor pada jam 8.20 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa merupakan seorang wanita berbangsa cina berusia 51 tahun telah membuat aduan di Balai Polis Teluk Panglima Garang.

“Pasukan polis dari pasukan jenayah berat (D9) IPK Selangor telah berjaya menahan suspek di sekitar kawasan Shah Alam sekitar jam 4 petang.

“Tangkapan dibuat kurang dari tempoh 24 jam sebaik sahaja laporan dibuat,” katanya pada satu kenyataan malam ini.

Menurut Datuk Arjunaidi, hasil tangkapan juga telah berjaya merampas pelbagai barangan dipercayai milik mangsa ragut.

Kes ragut berkenaan tular di media sosial memaparkan video berdurasi 1 minit 37 saat itu memaparkan mangsa diserang peragut yang juga bersenjatakan pisau.

Polis Selangor turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai dalam membantu menyalurkan segala bentuk maklumat sehingga membawa kepada tangkapan suspek.

Exit mobile version