Belum bebas ke mana-mana, Ex-BFF suspek utama kes bunuh Siti Nur Surya direman lagi seminggu

MASIH belum dibebaskan. Tempoh reman suspek utama kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, disambung selama tujuh hari lagi sehingga 16 November ini, lapor Kosmo!

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu hari ini.

Sebelum ini, suspek yang juga pelajar tingkatan enam sebuah sekolah di Hulu Terengganu telah direman selama tujuh hari bermula Selasa lalu.

Remaja perempuan berusia 19 tahun yang juga bekas rakan baik (Ex-BFF) Siti Nur Surya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kosmo! 2 November lalu melaporkan mayat Siti Nur Surya ditemui mati berlumuran darah oleh adik bongsunya di ruang tamu sewaktu pulang dari sekolah pada Ahad lalu.

Mangsa dijumpai dalam keadaan ngeri dengan kesan tetakan di bahagian muka, leher dan dada selain pergelangan tangan kirinya putus.

Suspek yang juga rakan baik mangsa kemudiannya telah ditahan selepas memberi keterangan Balai Polis Telemong, Hulu Terengganu pada pukul 7.30 pagi, 2 November lalu.

Sumber: Kosmo!

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...