Susulan pembunuhan kejam Siti Nur Surya: Ex-BFF disyaki curi kira-kira RM400 milik mangsa untuk bayar hutang, keluarga tak simpan dendam

BEKAS rakan baik (Ex-BFF) yang juga suspek utama Siti Nur Surya Ismail, 19, dipercayai menggunakan wang yang dicuri dari mangsa untuk membayar hutang.

Bapa mangsa, Ismail Muda, 58, berkata, perkara itu dimaklumkan polis kepadanya selepas beliau dipanggil untuk membuat pengecaman kelmarin.

“Saya dimaklumkan individu yang menerima duit itu memulangkan semula kepada polis selepas berita kematian anak saya dan penahanan suspek tersebar.

“Tidak pasti jumlahnya (wang) kerana ada banyak wang kertas termasuk RM1, mungkin hampir RM400,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Beladau Kepong, Hulu Terengganu, Terengganu hari ini.

HANAFIAH (kiri) menziarahi Ismail dan keluarganya di Kampung Beladau Kepong, Hulu Terengganu, Terengganu hari ini. – Gambar kredit: Kosmo!

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat turut menziarahi Ismail.

Dalam pada itu, Ismail turut menafikan dakwaan kononnya gelang emas arwah telah dilarikan suspek yang berusia 19 tahun dalam kejadian itu kerana anak kelima daripada tujuh beradik itu tidak memakai barangan kemas.

“Arwah tidak suka memakai barang kemas. Saya merayu kepada netizen supaya tidak menyebarkan perkara tidak sahih dalam media sosial.

“Macam-macam perkara tidak sahih disebarkan sehingga mengganggu emosi ahli keluarga saya terutama anak bongsu (Nur Liyana Syuhada, 15) yang masih murung sehingga hari ini,” katanya.

Ismail memberitahu, dia bagaimanapun tidak menaruh dendam terhadap keluarga suspek kerana jenayah itu tidak melibatkan ahli keluarganya.

Dalam perkembangan sama, Ismail memberitahu, isterinya, Zaini Musa, 55, mengenali suspek yang merupakan rakan baik arwah sejak di bangku sekolah dan sering datang ke rumahnya.

Sehingga kini kata Ismail, Zaini masih tidak mengetahui anaknya meninggal dunia akibat dibunuh bekas rakan baiknya pada Ahad lepas, sebaliknya cuma memberitahu isterinya bahawa arwah meninggal dunia kerana demam.

Ini kerana ujar Ismail, dia tidak sampai hati untuk memaklumkan perkara sebenar berikutan keadaan kesihatan Zaini yang merosot akibat kanser otak.

“Dia masih belum memahami anak kami sudah meninggal dunia walaupun telah dimaklumkan pada Isnin lalu.

“Saya beritahu arwah meninggal dunia kerana demam. Namun, sampai hari ini, dia masih bertanyakan dan mencari kakak (Siti Nur Surya),” katanya.

Sementara itu, Hanafiah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diminta memberi kaunseling kepada keluarga Siti Nur Surya dan keluarga suspek yang turut menerima tempias kes itu.

Kosmo! pada Isnin lalu melaporkan mayat Siti Nur Surya ditemui berlumuran darah dengan pergelangan tangan kiri­nya putus oleh adiknya di ruang tamu rumah selepas pulang dari sekolah.

Suspek yang juga rakan baik mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo!

Most Popular

Polis terima tujuh laporan setakat ini, kini guru pula mendakwa dirogol pendakwah selebriti

POLIS mengesahkan menerima satu lagi laporan berkaitan kes rogol melibatkan seorang pendakwah selebriti, menjadikan tujuh laporan polis telah diterima setakat ini.

Alhamdulillah… Siti Nurhaliza umum hamil anak kedua

SPEKULASI tentang dirinya yang dikatakan berbadan dan akhirnya terjawab apabila penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan dia kini...

Doktor didakwa ‘copek’ organ mangsa kemalangan maut, jual dalam pasaran gelap

ENAM orang individu dilaporkan telah dipenjara di China selepas didapati ‘memburu’ keluarga mangsa kemalangan dan menipu mereka untuk mendermakan organ ahli keluarga...

“Tenang is good” – Janda hadir perkahwinan baharu ‘ex-shuben’ selepas sebulan diceraikan

SEORANG wanita di Indonesia hadir pada majlis perkahwinan bekas suaminya kerana ingin membuktikan bahawa dia tidak terkesan dengan pernikahan tersebut, lapor Kosmo!