Sidang media Pengurusan Darurat batal, KSN diarah kuarantin

KETUA Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali terpaksa menjalani proses kuarantin wajib atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya hari ini memaklumkan, ia berikutan terdapat kontak rapat yang juga positif Covid-19 dan perlu menjalani kurantin wajib sehingga 31 Januari.

“Dimaklumkan saya kini menjalani arahan kuarantin wajib di kediaman saya sehingga 31 Januari berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan wajib.

“Ini berikutan saya merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 pada 22 Januari,” tulisnya.

Bagaimanapun katanya situasi itu tidak menghalang tanggungjawabnya termasuk berkaitan pengurusan pentadbiran awam.

Terdahulu, beliau dijangka akan mengadadakan sidang media berhubung kemas kini JawatanKuasa Teknikal Pengurusan Darurat melibatkan beberapa pemimpin kerajaan.

Ia bagaimanapun terpaksa dibatalkan susulan perkembangan terbaharu yang diterima berkaitan arahan kuarantin berkenaan.

Sidang media yang dibatalkan hanya akan disusuli dengan kenyataan media yang akan dikeluarkan pada petang ini. – TheNewsMalaysia

Sumber: Instagram