Selesai reman, Pendakwah selebriti kini direman semula lima hari

PENDAKWAH selebriti yang sebelum ini berdepan tuduhan rogol di daerah Shah Alam direman semula selama lima hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Siti Mazrah Mohamad terhadap tertuduh berusia 26 tahun itu.
Reman selama lima hari terhadapnya adalah berkaitan kes rogol di sekitar daerah Petaling Jaya.

Terdahulu, suspek tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekitar jam 10.30 pagi dengan memakai pakaian lokap serta diiringi beberapa anggota polis.

Suspek tiba pada 10.30 pagi.

Suspek seterusnya dibawa ke Bilik Reman di tingkat satu kompleks bangunan mahkamah.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima dua laporan berkaitan kesalahan seksual melibatkan suspek merangkumi kes rogol serta dakwaan cabul dan seks luar tabii.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.