Sajat Tambah Empayar Emas di Johor Bahru

Ketika di temu bual oleh The News baru-baru ini, Nur Sajat atau lebih mesra dipanggil Sajat berkata dia ingin membuka empayar jualan emas di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Turut difahamkan, Sajat merancang akan memilih tarikh yang bersesuaian pada bulan Februari tahun hadapan.

Lantas, Sajat mengulas leih lanjut ketika di temu ramah.

“Setakat ini jualan Nur Sajat Gold semua berjalan lancar dan tiada halangan yang saya hadapi sepanjang jualan.

“Yang saya nampak, Bisnes emas saya ini lebih hangat jualannya dari bisnes saya yang lain, syukur saya,” katanya kepada The News.

Sementara itu, Sajat juga berkata bahawa majoriti pembelinya dari negara Singapura.

“Rata-rata pembeli emas saya dari rakyat Singapura. Diorang banyak lariskan perniagaan saya.

“Sebab diorang nak beli kat negara sendiri mahal, ada tax lah itu, ini semua. Kalau beli dengan kita lagi murah,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Sajat berharap empayar Nur Sajat Gold dia Johor Bahru itu akan berjalan dengan lancar dan maju pada tahun hadapan.