Sajat sekali lagi jadi buruan, tipu maklumat kad pengenalan

USAHAWAN kosmetik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman sekali lagi menjadi buruan pihak polis setelah didakwa pula melakukan penipuan pada kad pengenalan.

Nur Sajat yang kini difahamkan berada di luar negara sekali lagi perlu menhadirkan diri ke Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Sementara itu, Polis Ampang Jaya menerusi laman rasmi Facebook turut mendedahkan mengenai butiran usahawan kosmetik itu bersama gambar terbarunya.

PDRM turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan meskipun umum mengetahui individu yang menjadi buruan polis itu kini berada di Australia.

Berdasarkan kesalahan terbaru yang dikesan terhadap Nur Sajat maka kes berkenaan diharap dapat berjalan mengikut lunas undang-undang memandangkan jenayah tersebut merupakan perkara yang berat.

Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini turut memerintahkan harta milik Sajat disita untuk membayar pampasan kepada bekas stokis utama, OWA Resources yang menuntut pampasan sebanyak RM200,000.