Rezeki wartawan, hari ini Agong belanja makan tempoyak ikan patin Pahang

104

Jika sebelum ini, para pengamal media yang bertugas di Istana Negara dijamu dengan makanan segera iaitu KFC dan MacDonald, tetapi hari ini dikatakan lebih istimewa.

Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram rasmi Istana Negara, memaparkan beberapa foto pegawai Istana mengedarkan makan berupa nasi berlauk tempoyak ikan patin.

Rezeki wartawan!

Setelah penat bekerja daripada pagi ke malam, sejak isu pertukaran kuasa ini mula timbul, sudah semestinya para petugas media tiada masa untuk membeli makanan.

Malah masa rehat mereka juga tidak menentu, justeru lihat betapa gembiranya para petugas hari ini dijamukan dengan makanan masakan kampung.

Rasa macam nak tunggu dekat Istana juga

Melihat sikap prihatin pihak istana, di ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan ribuan terima kasih kerana menghargai penat lelah wartawan yang bertugas menyampaikan berita.

Syabas pihak Istana Negara dan para wartawan, terus jalankan tugas dengan baik demi negara tercinta. Semoga segala penat lelah ini membuahkan hasil, agar Malaysia berjaya menyelesaikan krisis politik ini.

Baca juga:   Agong titah masjid seluruh negara adakan solat hajat

Sumber : Istana Negara