Polis terima tujuh laporan setakat ini, kini guru pula mendakwa dirogol pendakwah selebriti

POLIS mengesahkan menerima satu lagi laporan berkaitan kes rogol melibatkan seorang pendakwah selebriti, menjadikan tujuh laporan polis telah diterima setakat ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa merupakan seorang guru di sebuah sekolah di kawasan Lembah Klang yang berusia 22 tahun.

Kejadian tersebut berlaku pada 22 Oktober lalu sekitar pukul 9 malam di kediaman suspek.

“Mangsa telah keluar bersama suspek untuk sambut hari kelahirannya di sebuah restoran di kawasan Petaling Jaya.

“Suspek kemudian telah mengajak mangsa ke rumahnya di Damansara Perdana sebelum mangsa dirogol suspek.

Menurut Nik Ezanee, mangsa pada permulaannya enggan ke rumah suspek sebelum dipujuk dan dipaksa oleh suspek.

Mangsa turut diugut oleh suspek agar tidak mendedahkan berhubung perkara tersebut sehingga mengakibatkan suspek mengalami tekanan perasaan dan trauma.

Setakat ini, terdapat dua laporan dibuat di bawah daerah Petaling Jaya membabitkan pendakwah selebriti terbabit manakala lima lagi laporan diterima di daerah Shah Alam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – TheNews Malaysia

Most Popular