PM adakan mesyuarat khas kabinet

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan mesyuarat khas kabinet di Perdana Putra yang turut menempatkan pejabat Perdana Menteri.

Turut hadir pada pagi ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Setakat ini, beberapa petugas media menumpukan beberapa lokasi utama termasuk Istana Negara bagi mengikuti perkembangan politik negara yang berkemungkinan terdapat bebera persoalan yang akan terjawab.

Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut kelihatan hadir untuk mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat berlangsung selama satu jam sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan pergerakan ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Perdana Menteri hari ini dijangka bakal membuat satu pengumuman khas sebaik sahaja selesai sesi menghadap Agong di Istana Negara.

Sejak semalam, pelbagai spekulasi timbul berhubung status kedudukan Perdana Menteri termasuk isu peletakan jawatan beliau.