PKR nafi Anwar menghadap Agong

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata, beberapa laporan yang memetik sumber tidak dinamakan itu adalah tidak benar sama sekali.

“Beberapa portal berita telah memetik sumber yang tidak dinamakan mendakwa bahawa Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini.

“Ini adalah berita tidak benar,” katanya menerusi satu kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu, beberapa laporan media melaporkan Ahli Parlimen Port Dickson itu akan menghadap Agong di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota, Pahang.

Malah, perkara itu turut dinafikan pihak Istana Negara.

Fahmi Fadzil dalam masa sama menggesa mana-mana pihak untuk mendapatkan maklumat yang sahih bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan.