Susulan bunuh Ex-BFF: Polis dah jumpa pisau diguna suspek untuk bunuh Siti Nur Surya 4km dari lokasi kejadian

PISAU yang digunakan suspek dalam kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, Ahad lepas sudah dijumpai di tepi lebuh raya Telemong, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu, kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Daud.

Mohd. Adli berkata, senjata berkenaan dipercayai diambil oleh suspek di rumah mangsa dan digunakan sebagai senjata untuk membunuh, pada Ahad lepas.

“Pisau pemotong sayur berkenaan dibuang di tepi lebuh raya Telemong yang dianggarkan kira-kira tiga hingga empat kilometer dari rumah mangsa.

“Ia dijumpai pada hari ketiga selepas kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Operasi Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 di Hulu Terengganu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Daud.

Selain itu, Mohd. Adli berkata, hampir 20 saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk keluarga suspek dan mangsa.

Dalam kejadian pada 1 November lalu, Siti Nur Surya, yang menjaga ibunya yang terlantar akibat sakit kanser otak, ditemukan mati dengan kesan tetakan pada badan, di samping putus tangan kiri dipercayai dibunuh rakan baiknya di Kampung Lubuk Batu, Telemong.

Mayatnya ditemukan adik perempuan arwah yang berusia 15 tahun semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.

Sumber: Harian Metro

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass pada Rabu.

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...