Home Terkini Pecat Annuar Musa, Ahmad Maslan dilantik Setiausaha Agung BN

Pecat Annuar Musa, Ahmad Maslan dilantik Setiausaha Agung BN

PENGERUSI Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional berkuatkuasa serta merta.

Pengumuman itu dibuat ketika berucap sewaktu perjumpaan khas melibatkan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Putra (WTC) hari ini.

Terdahulu, sumber memaklumkan pemecatan Tan Sri Annuar Musa yang menyandang jawatan tersebut.

Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian sebelum ini memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Bagaimanapun, media masih menantikan kenyataan rasmi yang bakal dibuat oleh Ahmad Zahid dalam masa terdekat.

Baru-baru ini kemelut politik negara kembali memuncak menyaksikan pergolakan yang berlaku membabitkan parti komponen di dalan Perikatan Nasional (PN).

Perkara tersebut berkaitan pendirian UMNO yang tidak mahu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke 15.

Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan yang bertindak meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga merupakan satu signal kepada Bersatu berhubung kerjasama politik di dalam PN. – TheNewsMalaysia

Exit mobile version