Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang telah diserang oleh pemeriksa kesihatan selepas dilaporkan tidak bersih.
Laporan dari Free Malaysia Today menyatakan bahawa terdapat beberapa sarang lipas ditemui di sana semasa lawatan mengejut Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Dalam laporan terbabit juga menyatakan bahawa terdapat najis lipas dan air kencing tikus di sekitar premis.
Tidak cukup dengan itu, najis turut ditemui di beberapa perkakas dapur yang digunakan untuk para pelanggan.
Dalam satu ciapan dari @redzuanNewsMPB, beliau menyatakan restoran terbabit terletak di sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang.
Biarpun beberapa laporan berita dilihat cuba merahsiakan nama restoran yang diserang oleh pemeriksa kesihatan.
Restoran ini dijangka tutup selama 14 hari bagi aktiviti pembersihan bersama-sama dua kedai rempah lain yang diberi notis yang sama.
Perintah penutupan, dari 8 hingga 21 Januari, diberikan oleh MBPP semasa operasi kesihatannya pada 8 malam tadi, dengan notis yang dilekatkan pada pintu depan.
Namun, netizen berspekulasi bahawa restoran terbabit adalah Nasi Kandar Beratur yang menjadi tempat tarikan buat pelancong dari bandar jika berkunjung ke Pulau Pinang.