‘Nak Jual Harga Murah, Bantu Semua Orang’ – Elews Mart Akan Beroperasi Julai Ini

Ustaz Ebit Lew antara salah seorang pendakwah bebas yang aktif dalam memberi sumbangan dan membantu keluarga kurang bernasib baik. Sumbangan dan bantuan Ebit Lew juga disenangi ramai orang. Malah, dia juga pernah berhasrat untuk menubuhkan kedai runcit dengan menawarkan harga barangan keperluan yang murah.

Terbaru, Ebit Lew berkongsi melalui laman Facebook mengenai perkembangan dan proses menubuhkan Elews Mart itu. Terdapat 10 cawangan Elews Mart yang akan beroperasi bermula Julai 2020 ini di dalam Lembah Klang.

Rasa sebak dengan layanan mereka

Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa terharu dan gembira kerana niat untuk menubuhkan kedai runcit dipermudahkan. Banyak pihak yang turut membantunya untuk memudahkan sistem perniagaan.

Bagi peluang pekerjaan

Perniagaan Ebits Mart ditubuhkan adalah bagi membantu golongan miskin untuk mendapatkan barangan keperluan yang lebih murah. Selain itu, usahanya itu juga adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada ramai orang lagi.

Nak Allah sayang, nak Allah reda

Difahamkan terdapat 10 cawangan Ebits Mart yang akan ditubuhkan termasuk di kawasan Lembah Klang dan juga Kuala Lumpur.

Sumber: Ebit Lew