Ex-BFF kelar tangan mangsa berkali-kali hingga putus depan ibunya: “Betul ke dia yang bunuh?”

BETUL ke dia yang bunuh?” Begitulah jawapan yang terkeluar daripada mulut Ismail Muda, 58, sebaik mengetahui rakan arwah anaknya, Siti Nur Surya, 19, sudah ditahan polis untuk siasatan lanjut pagi tadi.

Ismail berkata, dia tidak menyangka gadis sebaya usia arwah dan dikenalinya sanggup mengambil tindakan kejam sedemikian jika benar dakwaan berkenaan.

Katanya, pada masa sama, dia sudah menjangkakan pelakunya adalah wanita berdasarkan kesan tapak kaki kecil, tetapi tidak tahu identiti individu terbabit.

MANGSA dipercayai dibunuh bekas rakan baiknya sendiri. Ketika kejadian, hanya ibu mangsa yang menghidap penyakit kanser otak berada di rumah.

“Terdapat beberapa kesan tapak kaki berserta darah di atas lantai menuju pintu bilik, selain bedak yang ditabur pada pintu almari dipercayai bertujuan menghilangkan kesan cap jari.

“Arwah sudah lama tidak berkawan dengan (suspek) wanita terbabit, tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sehingga membawa kepada pembunuhan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumah keluarganya di Kampung Beladau Kepong, Hulu Terengganu, Terengganu hari ini.

Ismail berkata, selepas kejadian semalam, isterinya, Zaini Musa, 55, ada bertanyakan di mana Siti Nur Surya yang mesra dipanggil kakak apabila mendapati ketiadaan ‘peneman setia’ itu.

“Dia bertanya kakak mana, dan saya hanya menjawab kakak demam,” katanya.

Ketika ditanya sama ada isterinya tahu atau tidak dengan kejadian itu, Ismail berkata, dia sukar untuk menyatakan situasi berkenaan.

“Saya rasa dia (isteri) tidak tahu dengan apa yang berlaku. Pada zahirnya juga tidak nampak dia bersedih dengan apa yang berlaku, tetapi batinnya kita tak tahu,” katanya.

BAPA mangsa, Ismail Muda. – gambar kredit: Harian Metro

Pagi semalam, mangsa ditemui mati tertiarap di depan TV dengan pergelangan tangan kirinya terputus oleh ahli keluarganya selepas tidak menjemput adiknya pulang dari sekolah seperti biasa. Ketika kejadian, hanya ibu mangsa iaitu Zaini yang menghidap penyakit kanser otak berada di rumah.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut berkata, suspek berusia 19 tahun yang juga kenalan mangsa ditahan selepas diserahkan oleh ibunya pukul 8.15 pagi tadi.

Katanya, tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.

“Suspek datang ke Balai Polis Telemong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, keterangan wanita terbabit mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gigitan pada lengan dan badan suspek sebelum ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media.

Mohd Adli berkata, susulan penahanan itu, polis menjalankan siasatan di rumah suspek sebelum menemui beberapa barangan termasuk wang tunai dan peralatan solek dipercayai milik mangsa.

Katanya, sebelum kejadian, suspek dikatakan pergi ke rumah mangsa dengan menaiki motosikal.

“Ketika bersembang di ruang tamu, berlaku kata-mengata yang menimbulkan kemarahan pada suspek sebelum berlaku pergaduhan dan pergelutan.

“Suspek dikatakan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa kali pada pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus,” katanya.

Menurutnya, suspek yang masih belajar di tingkatan enam disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang, esok untuk permohonan reman.

Sumber: Harian Metro

Most Popular

Buat kerja tak ‘clean’, langgar ‘roadblock’ tapi tercicir nombor pendaftaran. Akhirnya kena tangkap dalam ladang kelapa sawit

TINDAKAN seorang individu lelaki tempatan melanggar sekatan jalan raya di laluan keluar tol Damansara akhirnya berjaya dikesan apabila nombor pendaftaran kenderaannya tercicir...

Tiga peluru tembus badan anggota PGA – KPN

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am yang mengalami kecederaan parah susulan insiden berbalas tembakan di sempadan dilapor stabil. Menurut Ketua Polis...

Luahan hati isteri anggota PGA mati ditembak penyeludup runtun perasaan netizen – “Suami tinggalkan kami sebagai wira negara”

"KEMATIANNYA sangat menyedihkan, tapi saya berbangga kerana suami meninggalkan kami ketika bertugas untuk keamanan dan keselamatan negara, dia seorang wira," kata isteri...

Misteri ketukan pintu sudah menular ke Kuala Selangor?

MISTERI ketukan pintu tanpa salam yang sebelum ini menghantui penduduk di beberapa kampung di daerah Sabak Bernam mula 'merebak' ke Tanjong Karang...