Lelaki Kudung 2 Jari, Hancur Akibat Mercun Bola Meletup 

GARA-gara mahu menghalau anjing liar, seorang lelaki hancur empat jari tangan kiri selepas mercun bola yang digunakan untuk melemparkan ke anjing liar meletup dalam kejadian di Pokok Sena di sini pada Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, Mangsa dikatakan tidak sempat melemparkan mercun itu disebabkan ia meletup terlebih dulu pada jam 10 malam tadi.

Sinar Harian melaporkan mercun bola tersebut digunakan untuk menghalau anjing liar yang mengganggu kambing peliharaannya berhampiran rumah di Kampung Paya Besar di sini.

“Berikutan letupan itu, saya lihat tangan saya sudah nampak tulang putih manakala empat jari saya hancur, selain ada cedera sikit di perut.

“Di kawasan rumah, memang banyak anjing liar dan sebelum ini pernah makan kambing saya antara tujuh hingga lapan ekor,” jelasnya mengapa dia melemparkan mercun ke arah binatang itu.

“Namun, tidak sangka terjadi begini dan saya dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” katanya.

Akibat kecederaan parah itu, dua jarinya terpaksa dipotong dan dua lagi kudung akibat kejadian terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan kejadian itu berlaku pada Rabu.

Bagaimanapun, Ahmad Shukri memaklumkan tiada laporan polis dibuat setakat ini.

Sumber gambar – News wav | Sumber laporan – Sinar Harian