Kanak-kanak dua tahun patah tangan, tangan tersepit lif

Malang bagi nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang patah tangan kiri apabila tangannya tersepit pada pintu lif di sebuah kondominium Bandar Sri Permaisuri pada jam 6.30 petang tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian diketuai Komander Operasi Kanan Zulkifly Ramli.

“Bomba telah mengumpil pintu lif berkenaan menggunakan ‘Rescue Spreader’ sebelum tangan mangsa berjaya dikeluarkan

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dikerahkan ke lokasi kejadian diketuai Komander Operasi Kanan Zulkifly Ramli.

“Setibanya anggota di lokasi terdapat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami patah tangan kiri akibat tersepit di pintu lif.

“Operasi secara keseluruhannya tamat pada jam 6.59 petang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Zulkifly, mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) menggunakan ambulans EMRS untuk tindakan seterusnya.

Punca kejadian masih disiasat.