“Ini makanan untuk siapa? Ayam?” – Tular makanan RMT hanya nasi dah kuah, KPM mulakan siasatan

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat dakwaan dimana pelajar di bawah Program Makanan Tambahan (RMT) hanya menerima hidangkan nasi dan kuah seperti yang tular di laman sosial sejak semalam.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, KPM tidak akan berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid.

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang  satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT). 

“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat, tulisnya di Facebook.

Terdahalu, satu perkongsian di Facebook oleh individu bernama Zurina Hassan mandapat perhatian ramai apabila mendakwa cucu saudaranya hanya menerima bungkusan nasi bersama kuah dan cebisan sayuran.

“Cucu saudara bawak balik dekat mak dia makanan RMT. Sadis betul, makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak?

“Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tapi, ini makanan untuk siapa? Ayam?,” tulisnya kecewa.

RMT mula dilaksanakan pada tahun 1979 untuk menyediakan makanan harian bagi pelajar miskin di sekolah.