Hujan lebat dan ribut petir dijangka landa 8 negeri sehingga 8 malam ini

Pattern photo created by Kireyonok_Yuliya - www.freepik.com

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda 8 negeri dan beberapa kawasan sekitarnya sehingga 8 malam ini.

Negeri yang terlibat sehingga 6:00 petang ialah Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong), Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu) dan Sabah (Pedalaman: Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan manakala Pantai Barat: Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Manakala, negeri yang terlibat sehingga 8:00 malam pula ialah Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Miri dan Marudi dan Limbang.

Sumber: METMalaysia