Home Berita Semasa Helikopter terhempas, bertembung di udara

Helikopter terhempas, bertembung di udara

DUA buah helikopter dilaporkan terhempas dalam satu kejadian pada jam 12 tengah hari tadi di Taman Melawati, Ampang.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis mengesahkan kejadian tersebut dan dipercayai ia berpunca susulan berlaku pertembungan melibatkan dua helikopter tersebut.

Berdasarkan maklumat awal, terdapat empat mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan satu perempuan dan difahamkan dua daripadanya tidak sedarkan diri.

Helikopter berkenaan dikatakan terhempas di kawasan lapang melibatkan kawasan perumahan namun tidak menjejaskan kawasan penduduk.

Setakat ini, keempat-empat mangsa telah berjaya dikeluarkan dan proses mengenal pasti identiti mangsa masih lagi dijalankan.

Menurut saksi awam, insiden itu sempat dirakam menyaksikan pertembungan melibatkan dua helikopter sebelum ia terhempas.

Pihak bomba telah menempatkan beberapa pasukan anggota bomba di lokasi kejadian bagi bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku khususnya terhadap bangkai helikopter yang terhempas.

https://thenews.com.my/wp-content/uploads/2020/11/helikopter-terhempas-video-1.mp4
Video kejadian yang dikongsi netizen di media sosial.
Exit mobile version