Sekurang-kurangnya enam orang terkorban akibat gempa bumi kuat yang melanda kawasan pantai barat Jepun pada Isnin.
Mangsa dipercayai tertimbus ekoran berlakunya rumah runtuh di Wajima, wilayah Ishikawa. Terdapat juga kebakaran berskala besar terjadi di transformer di stesen kuasa nuklear Shika Hokuriku Electric Power Company selepas gempa bumi berlaku.
Setakat ini lebih 36,000 buah rumah mengalami gangguan bekalan elektrik.
Pada Isnin, gempa bumi 7.6 pada skala Richter mencetuskan amaran tsunami peringkat tinggi. Ia juga menyebabkan tsunami dengan ombak berukuran setinggi 1 meter di bahagian barat Jepun serta Korea Selatan.