Home Berita Semasa Dr. Zulkifli sah positif Covid-19

Dr. Zulkifli sah positif Covid-19

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa beliau kini sedang menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman Twitter miliknya, Dr. Zulkifli juga menyeru orang ramai yang hadir ke majlis yang melibatkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.

Tangkap layar Twitter Dr. Zulkifli.

“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada Covid-19. Insya-Allah,” katanya.

Sebanyak 432 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan KKM hari ini dan ia merupakan rekod kes tertinggi di Malaysia setakat ini.

Sumber: Siakapkeli

Exit mobile version