Apa la masalah dia kan sampai cuba nak bunuh diri

SEORANG wanita yang nekad mahu membunuh diri berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.57 pagi, pada Khamis.

Seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu digerakkan ke lokasi kejadian.

Bomba berjaya menghalang wanita berkenaan daripada meneruskan niatnya.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati wanita warga tempatan berusia 39 tahun itu mahu membunuh diri.

“Hasil tindakan pantas anggota Bomba berjaya menahan mangsa daripada berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut JBPM Kuala Lumpur berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.