10 kontroversi politik hangat sepanjang tahun 2019

93
Kredit- Free Malaysia Today

Sebelum tahun 2019 melabuhkan tirai, The News akan menghidangkan anda 10 kontroversi politik sepanjang tahun 2019. Tanpa membuang masa, berikut merupakan 10 senarai politik terhangat:

1- Isu 1MDB

Kredit-Bernama

Isu yang hangat diperkatakan oleh seluruh rakyat Malaysia terutama sekali bagi kalangan ahli politik. Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  memberi keraguan besar rakyat terhadap dakwaan bahawa 1MDB telah melesapkan RM 42 bilion wang negara. Antara orang yang terlibat dalam isu ini ialah bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Bagaimanapun kes ini masih dalam perbicaraan. 

 

2- Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu

Kredit-The Star Online

Baru-baru ini kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang telah lama terbuku dibangkitkan semula yang turut melibatkan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Lantas, kes ini merupakan pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku di Malaysia. Sedikit ringkasan dalam kes ini, seorang rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan berdekatan Shah Alam, Selangor, Malaysia. Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kejadian ini. Kes ini melibatkan Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan Dato’ Sri Najib. Kes ini juga melibatkan dua orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul.

 

3- PRK Tanjung Piai 

Kredit-SelangorKini

Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, yang telah berlangsung pada 16 November itu menjadi perbualan seluruh rakyat Malaysia apabila Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional berebut untuk mendapat kerusi. Lantas, BN dapat mengalahkan Ph dengan kemenangan besar meraih undian sebanyak 15,086. Pengakhirannya, Majoriti rakyat Tanjung Piai gembira hasil dari undian mereka. 

 

4- Isu Siswa laungkan ‘Undur VC’ atas pentas

Kredit-MalayMail

Wong Yan Ke merupakan Seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang telah melakukan protes berani dengan melaungkan slogan menolak kepimpinan Naib Canselor UM Dr Abdul Rahim Hashim selepas menerima skrol ijazah di atas pentas pada 14 Oktober lalu. Wong berbuat demikian atas sebab membantah ucapan Naib Canselor tersebut ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu. Isu ini telah memburukkan nama UM serta turut diperkatan diserata pelusuk masyarakat. 

 

Baca juga:   Nilai Mata Wang Ringgit Lemah Berbanding Dolar AS

5- Isu tulisan Jawi 

Kredit-Awani

Pelaksanaan tulisan Jawi dan Seni Khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil menjadi isu sehingga mengundang kontroversi pada bulan Ogos lalu. Lantas, isu ini hangat diperdebatkan apabila kumpulan pendesak Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) serta pemimpin DAP termasuk anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) membantah keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai perkara itu. Bagaimanapun, baru-baru ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, penggunaan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat boleh diteruskan.

 

6- Kempen Buy Muslim First 

Pada bulan Oktober lalu, Malaysia dihangatkan dengan isu Buy Muslim First (BMF). Lantas, kempen tersebut telah mendapat tafsiran yang berlainan dari pihak ahli politik lain bahawa kempen ini mempunyai niat yang serong iaitu “Boikot Barangan Bukan Islam”. Malah tujuan kempen ini diadakan adalah bertujuan membantu perniagaan orang muslim. Bagaimanapun, kempen BMF ini masih berjalan dengan lancar hingga ke hari ini.

 

7- Pekerja Foodpanda Mogok 

Pada akhir bulan September dan awal bulan Oktober, berlakunya satu isu terhadap pekerja Foodpanda mogok atas dasar protes, skim pembayaran baharu yang tidak adil. Mogok tiga hari itu dibuat serentak dengan pengenalan skim pembayaran baharu yang juga bermula pada 29 September yang  berlangsung di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Malah pekerja Foodpanda di Pulau Pinang juga dikatakan akan melancarkan mogok pada hari yang sama. Isu ini hangat diperkatakan beberapa bulan yang lalu. Isu ini sangat serius sehingga mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq. Bagaimanapun, isu ini dapat diselesaikan oleh pengurusannya dan ada antara mereka yang berhenti manakala yang lain masih meneruskan sebagai penghantar makanan.

 

8- Isu pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ 

Isu ini hangat diperkatakan pada bulan Oktober mengenai pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ di sekolah dan institusi pendidikan walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah meluluskan. Isu ini melibatkan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yang difahamkan turut dedahkan komik propaganda  kepada semua sekolah menengah secara senyap hingga mendapat perbualan dari ahli politik dan seluruh rakyat Malaysia. Jika diteliti buku dan dibaca, ia membabitkan keselamatan negara lantas buku tersebut diharamkan dikhuatiri meluas dan berleluasa pengaruh isi kandungan buku tersebut. Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga versi penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Merah Manfaat Bersama’.

 

Baca juga:   [ Video ] 'Berpesta' Di Jalan Raya Rai Kertas Akhir SPM

9- Isu Undi 18

 

Pada 16 Julai 2019, Isu ini bangkit dalam kalangan ahli politik dan seluruh rakyat Malaysia mengenai cadangan Tun Mahathir Mohamad mencadangkan agar umur mengundi diturunkan dari 21 tahun kepada 18 tahun. Ada yang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ada negara yang memberi laluan pada belia berumur 18 tahun mengundi. Tetapi ada juga antara mereka yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut disebabkan umur mereka yang masih mentah dan tidak mengambil tahu akan isu politik dan sebagainya. Bagaimnapun, Penguatkuasaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya pada Julai 2021.

 

10- Isu Dr. Zakir Naik 

Kredit- Sinar Harian

Isu Dr. Zakir Naik bagaikan satu duri besar dalam Malaysia. Banyak kecaman yang beliau kena akibat menyentuh isu kaum rakyat Malaysia. Hingga ada Menteri yang halau beliau kerana tidak layak beri ceramah dalam Malaysia dan membawa malang. Tetapi ada juga pihak yang berpihak pada beliau untuk terus tinggal di Malaysia menyampaikan dakwah yang benar. Bagaimanapun, beliau sudah memohon maaf kepada kesemua pemimpin tertinggi negara dan pemimpin parti politik, baik Muslim mahupun non-Muslim, pihak polis, badan-badan bukan kerajaan (NGO), mufti, cendekiawan, golongan liberal dan rakyat jelata.