Mimpi jadi kenyataan bagi Muhammad Danish Irfan mendapat lawatan dari seorang pemain bola sepak Malaysia Muhammad Safawi Rasid di Dungun Hospital semalam.
Semalam adalah hari terakhir Danish berada di hospital tersebut dan membuat permintaan agar dapat berjumpa dengan Safawi.
Turut difahamkan, Danish dan 6 adik-beradiknya yang lain merupakan anak yatim setelah ibu bapanya maut akibat kemalangan teruk di Jalan Felda Kerteh 2/3, berdekatan Ketengah Jaya pada 4 Oktober lalu.
Selepas kemalangan tersebut, Danish menerima kecederaan yang teruk dan dirawat serta dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah berdekatan Kuala Terengganu sebelum di tukar ke Hospital Dungun pada 30 Oktober lepas.
Ibu saudara, Shaidah Idris berkata Danish seorang yang sangat aktif dalam sukan bola sepak dan menjadikan Safawi Rasid sebagai idolanya.
“Danish sangat suka gaya dan teknik Safawi bermain bola dan dia teringin sangat nak berjumpa.
“Sebab dia nampak Safawi jaringkan gol pada perlawanan bola sepak kelmarin,” katanya dalam laporan Bernama.
Sementara itu, Safawi berkata dia juga mendapat panggilan dari adik iparnya yang bekerja sebagai Doktor di Hospital Dungun bahawa Danish ingin berjumpa dengannya.
Safawi turut berkata bahawa dia pergi ke hospital dalam lingkungan 10 pagi dan meluangkan masa lebih kurang setengah jam bersama Danish Irfan semalam.
“Adik ipar saya beritahu saya yang Danish selalu menyebut nama saya banyak kali sebab teringin nak jumpa saya.”
“Dan pada masa itu pun saya nak balik kampung sebab bercuti jadi itu saya jumpa dia,” kata Safawi.