Manchester United mungkin dijual dengan harga rekod dunia

KELAB bolasepak terkenal, Manchester United dijangka akan dijual dengan harga rekod dunia jika keluarga Glazers menerima salah satu bidaan ke atas kelab tersebut.

Pegawai United yakin tawaran lebih daripada £5 bilion (RM27.33 bilion) akan diterima menjelang tarikh akhir bidaan esok sekali gus memintas bayaran pembelian $4.65 bilion (RM20.79 bilion) yang diterima kelab NFL, Denver Broncos tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, sekurang-kurangnya dua bidaan telah didedahkan – bidaan dari Qatar dan Sir Jim Ratcliffe yang dijangka melepasi £5 bilion (RM27.33 bilion).

Sumber gambar – www.manutd.com

Minggu lalu, delegasi Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani melawat Old Trafford dan Carrington selain menghadiri sesi penerangan serta soal jawab yang berlanjutan lebih 10 jam.

Manakala lawatan Ratcliffe dan kumpulannya memakan masa sekitar tiga jam lebih awal dan difahamkan mereka juga berjaya menarik minat hierarki United.

Sekitar lapan kumpulan yang berminat dengan kelab bola sepak tersebut diberi peluang melawat stadium dan pusat latihan kelab berkenaan.

Sumber gambar tajuk – Football365 | Sumber laporan – Harian Metro