Hari ini, Misi diteruskan lagi dengan pencarian pingat emas bagi semua atlet-atlet Malaysia yang berjuang dalam acara sukan SEA 30 di Filipina hari ini.
Walaupun kedudukan Malaysia masih berada tangga keenam, tetapi dia menghalang bagi kesemua atlet untuk merampas dan merangkul pingat emas.
Menurut rekod rekod bagi jumlah seluruh kutipan pingat emas 52 diikuti pingat perak 51 dan akhir pingat gangsa yang meraih sebanyak 69.
Sementara itu, bagi skuad badminton negara semalam, mencipta sejarah sendiri apabila raih pingat emas bagi kedua-dua acara perseorangan, lelaki dan juga wanita.
Bagi pertandingan sengit, acara beregu turut digandingi Aaron Ciasan Soh Wooi Yik melawan pasukan Thailand lantas membuatkan rakyat Malaysia bersorak gembira dengan kejayaan diakhiri pingat emas.
Bagaimanapun, kejayaan bagi skuad badminton negara itu mendapat pelbagai reaksi gembira dari seluruh rakyat Malaysia dan juga Menteri Sukan Dan Belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.